Sebenarnye 27 Januari ari tu bday asben aku.. Agak terlewat 3 hari utk aku selitkan di blog aku ni ucapan bday buat dia... Tak sempat utk menulis...
Kepada sang suami, happy birthday my dear..... may all your dreams come true...
Hmmm dah tua pun... 33 yrs...Sori wat masa ni belum ter'pos' lg hadiahnya.. InsyaAllah.. lewat ckit erk.. Hmm agak2 boleh tak hadiahkan bby dlm perut ni jer wat suami... Nanti aku ikat ribbon on my big stomach to present to Husband.. heheee klu la aku wat camtu mesti dia kata aku meroyan...
Pape pun smoga syg dipanjangkan umur, diberkati, dimurahkan rezeki & diberi kesihatan yg baik..
Dan semoga perkara yg paling diimpikan selama ni akan tercapai.. InsyaAllah...
Mungkin buat masa ni Allah belum beri keizinan utk syg menikmatinya.. Akan dtg insyaAllah..
(hmm harapan yg asben aku tunggu sejak thn 2002 lagi hrp2 akan tercapai jugak akhirnya... )
Catatan ringkas seorang insan kerdil yang menghayati nikmat kehidupan indah yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T. Semoga hati sentiasa dekat padaNYA. Dan semoga selamanya indah.. Amiin.
Friday, January 29, 2010
Monday, January 25, 2010
Kenapa kita perlu balik kerja awaL..
Email ni aku copy dari email yg diforward oleh Khalilah hari ni...
Tersentuh lak bila membacanya...
So aku selitkan dalam blog aku ni utk dihayati bersama...
Kenapa kita perlu balik kerja awaL..
Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.
Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,"Oh maafkan saya, saya tak perasan"Katanya "Maafkan saya juga,Saya tak nampak saudara"
Kami amat bersopan dan saling menghormati,Kami saling melambai sambil berlalu pergi,
Tetapi di rumah lain pula ceritanya.. Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda..
Lewat petang, tika memasak makan malam.. Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam..
Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh..
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh..!!"
Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku.
Sedangku berbaring di katil mendengar musik, Terdengar suara halus datang membisik..
"Bila bersama orang tak dikenali,Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",
"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",
"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",
"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",
Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,Airmataku mencurah ibarat air di kali,
Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"
"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk ibu..?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"
"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,ibu tentu suka terutama yang unggu,
"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,
Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa, Saya tetap sayang ibu melebihi segala,
Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,
FAMILY
Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini, syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti dalam hanya beberapa hari?
Tetapi keluarga yang kita tinggalkan, kan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.
Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang agak kurang bijak.
Bukankah begitu? Berpada-pada...
Jadi apakah maksud yang tersirat?
Tahukah anda makna "FAMILY"?FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

Monday, January 4, 2010
Bye 2009 & 1430H
Bye 2009 (1430H)... Bila diimbas kembali tahun 2009, terlalu banyak yang ingin dikongsikan dan direnungkan. Banyak betul kesilapan tahun 2009. Tapi mungkin dari sini kita dapat belajar yang mana betul dan yang mana satu salah. Mungkin dari kesilapanlah kita belajar tentang kebenaran. Azam untuk tahun 2010, semoga kehidupan bertambah baik spjg thn. Allah dah bagi banyak kesenangan. Dan Allah jugak berikan pelbagai dugaan dan cabaran, pengajaran dan peringatan pd aku... Skrg aku cuba utk cari permulaan dan cerita yang lebih baik untuk tahun 2010..
Menyingkap semula kenangan 2009 cam teringin berkongsi pengalaman..
Februari..aku gi jalan2 ke Langkawi dan dlm lebih kurang seminggu lepas tu aku keguguran dengan kandungan 3 bulan.. Mungkin sebab aku lasak sangat masa bercuti.. Dan mungkin jugak sebab Allah belum nak bagi rezki anak tu pada aku pada masa tu...
4 April 2009.. aku pindah rumah dari Puchong ke Petaling Jaya atau lebih senang sebut dekat2 Datuk Harun tu la.. Alhamdulillah.. Lebih dekat utk aku dan husband gi kejer.. Kalau ngn ofis aku lebih kurang dlm 15 minit je boleh sampai tu pun kalau tak jam la.. 7.45 boleh lagi kuar umah.. Berbeza ngn dok Puchong dulu 6.45 am dah semestinya ada atas jalan...
1 Mei 2009, adik bongsu aku kawin mendahului adik kedua aku.. walaupun masih muda, tapi dah jodoh dia terima je la..
Dan dari April hingga Ogos aku ditimpa musibah kewangan yg agak teruk.. Dalam masa 5 bulan tu memang membuatkan aku rasa 'jatuh' dan berfikir alangkah baiknya kalau aku ada simpanan lebih banyak dari simpanan yg aku aku sedia ada masa tu. Bayangkan dalam masa tu jugak la aku dah habis byk duit buat masuk rumah baru.. & dlm masa yg sama diuji... Saving kami hampir kering kontang jadinya.. Baru aku tahu setiap keluarga perlu ada simpanan sekurang2nya 3-4 bulan gaji penuh kita bagi menampung hidup sekiranya pape berlaku pada pendapatan fmly... Tapi takpe, aku cuba jadikannya pedoman utk meneruskan hidup akan datang...
Masa ni la baru aku nampak hikmah Allah tarik anak aku masa bln Februari hari tu.. Kalau dlm keadaan kewangan gawat camni camne nak sambut baby kan..?? Sedangkan kalau aku pregnant Ogos la tarikh aku dijangka bersalin sedangkan masa ni kewangan aku & fmly betul2 diuji..Harap2 tak berlaku lagi perkara buruk di tempat asben aku kje mcm tu... Dan hrp2 manusia yg menyebabkan musibah kpd semua ni diberi balasan dari Allah setimpal dgn apa yg dilakukan.. Amiinn..
18 Ogos 2009, aku dapat surat untuk pindah bahagian dari Sains Sosial ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.. Sedih gak tapi mungkin ini satu perkara baru untuk aku belajar.. Ye la dari 2001 aku dok di Sektor Jaminan Kualiti dan tak tahu langsung pape berkaitan perjawatan dan perkhidmatan.. Bila pindah ke sini byk benda baru yg perlu aku pelajari.. Harap aku semakin 'baik' di tahun 2010 ni..
September, kewangan semakin pulih.. Tapi masih belum sepenuhnya.. Dan alhamdulillah aku disahkan hamil semula setelah kosong 6 bulan.. Dan skali lagi aku bleeding.. Memula takut gak sebab sepanjang 3 bulan pertama asyik bleeding jer.. Takut keguguran lagi.. Asyik MC jer..Tapi Alhamdulillah bila masuk bulan dec kandungan aku makin baik.. Dijangka bersalin pertengahan Mei.. Hrp kawan2 dpt doakan utk aku..
Tahun 2009 telah pun berlalu dan semoga apa yang telah terjadi sepanjang tahun 2009 dapat dijadikan sempadan dan teladan.
Kat sini aku senaraikan azam tahun baru aku kali ni, poyo jerk an?? :)
Saje aku listkan utk direnung2kan balik bila sampai hujung tahun nnti samada Berjaya tercapai atau tak.. Ye laa keje pun ada laporan penilaian prestasi kan.. So ni sasaran LNPT aku utk tahun ni… xla banyak sgt..simple2 jer ..harap2 boleh tercapai...
1. Nak banykkan amal ibadah, xmo lagi dah lengah2kan solat
2. Jadi ibu yg lemah lembut ckit.. maksud aku tak la garang sgt..
3. Simpan duit bebanyak at least sebulan RM XXX… heheee supaya klu jadi pape kat sumber

pendapatan kitorang tak la terasa teruk sgt..
4. Buat keja jgn tangguh2...masa itu duit… hahaa
5. Berjimat cermat, beli jika perlu.... (haa part ni la yg paling aku rasa susah nak tcapai..)
6. Rajinkan ckit diri utk masak kat rumah.. (termasuk dlm kategori berjimat cermat)
7. Last.. Sentiasa berfikiran positif..InsyaAllah..

Tu je kot… Hrp2 sasaran aku utk thn ni tercapai.. Klu tak dpt sepenuhnya.. tercapai 70% pun memadai la…
Akhir kata.. Renung2kan.. Dan semoga Berjaya…. Amiiiinnn..
Akhir kata.. Renung2kan.. Dan semoga Berjaya…. Amiiiinnn..
Subscribe to:
Posts (Atom)