Thursday, December 9, 2010

Ujian Allah tidak diduga..

Selasa lepas masa cuti Awal Muharam, mak call mintak aku pergi lawat cucu kepada makcik aku kat Hospital Kuala Lumpur.

Cucu yg dimaksudkan berumur 10 tahun, lelaki.. Kat Unit Rawatan Rapi Institut Pediatrik HKL.

MasyaAllah terkejut giler aku tengok bila muka budak tu bengkak besar dan dah takde macam rupa asal dia..

Dengan keadaan telinga yg dah berbentuk lain dari asal, mata tertutup rapat, melecur yg kritikal keseluruhan muka dalam keadaan tak sedarkan diri...

Tak tahan aku tengok.. Sedihnya hati Allah saje yg tau.. Terdetik kat hati aku..

“Ya Allah kenapa Allah uji budak ni sebegitu sekali..Pada aku begitu berat dugaan tersebut untuk ditanggung oleh budak sebesar tu”

Air mata memang tak dapat di tahan.. Aku tengok mak & ayah budak tu (Abg Rus) tenang sekali sambil ceritakan balik camane perkara tu berlaku..

Kalau la perkara tu berlaku kat anak aku, tak tau kata apaa.. Mungkin air mata ni mengalir tanpa henti sepanjang hari..

Ayah dia kata kami dah kering air mata utk menangiskan keadaan yg berlaku.. Redho je la kalau dah ini Ujian dariNYA.. bagusnye.. tenang sungguh diorang..

Kisahnya budak ni nak bakar ikan, nyalakan api tapi tak hidup2.. Kawan dia yg ada kat situ suruh letak minyak bagi api cepat hidup.. Dia pun amik minyak yg aku tak pasti samada dia tau itu Minyak Petrol atau tak.. Masa dia dah curah minyak tu, kawan dia lak tolong nyalakan api, apa lagi bila minyak petrol dilagakan dengan api, menyambar la dan terkena muka budak tu..

Skrg budak tu beransur sedar.. Alhamdulillah.. Cuma matanya masih tak boleh buka.. Ramai yg bersyukur.. Aku turut bersyukur gak tapi terlintas kat hati aku bagaimana perasaan dia bila dia sedar nnti, dalam keadaan wajah yg dah berubah, sakit, sedih, mungkin mcm2 perasaan yg timbul dlm diri budak tu.. Ya Allah KAU tabahkanlah hatinya menghadapi hari2 mendatang.. (ntah knp terdetik di sudut hati ni mengharap supaya ia takkan sedar, supaya dia tak sedih meniti hari mendatang dalam situasi yg lain. Mohon jasa baik kawan2 tolong mendoakan semoga budak ni beroleh kekuatan dlm meneruskan kehidupannya.

Thursday, November 18, 2010

Kursus: Impiana Cherating

Dah lama tak berkursus di luar.. Tup tup kena gi kursus disamping jadi urus setia.. Tak penah2 kena jadi urus setia kali ni disebabkan aku wakil dari HR makanya automatik kena jadi urus setia laks.. Alhamdulillah semua berjalan lancar.. Baru aku tau apa yg budak2 kat latihan rasa selama ni.. Heheee... Sian baby aku, kena tinggal sampai 4 hari.. Jadi Mr Mama la Mohd Hata sepanjang ketiadaan aku..

























Wednesday, September 22, 2010

Aidilfitri 2010, Terengganu










































































































Selamat Rayer Semua.. Maaf Zahir Batin..
Hmm lama tul tak mencoret kat blog ni.. Kesiaan bersawang..
Sempena masih dalam bulan rayer ni nak syer la suasana rayer tahun ni..

Tahun ni buat kali ke-3 nya aku berayer kat Kuala Berang ,Terengganu.. Kampung asben.. Kalau raya kat sana agak meriah ckit berbanding beraye kat kg aku sebab fmly aku ciput je.. 3 beradik.. Dan kanak2nye cuma anak aku jer... Agak sepi.. Fmly tganu besar.. Asben aku anak ke 9 dari 10 beradik.. Bayangkanla kalau semua balik.. Rasa cam wat kenduri pun ade.. Aku wat kenduri aritu pun tak ramai cam balik kg tganu.. heheee...

Ni gbr2 masa kat terengganu.. Anak aku la org yg paling gumbira kat sana.. Ye la sepupu sepapat ramai kalau kat rumah si haziq tu jd kera sumbang jer.. Aku n asben kejenye asyik makan jer.. Alhamdulillah

Raya ke 4 baru balik PJ semula.. Raye ke-5 balik ipoh lak.. Alhamdulillah perjalanan kami sepanjang balik terengganu n Ipoh lancar dan selamat..

Wednesday, July 28, 2010

Syukur Alhamdulillah.






















25 Julai 2010 (Ahad).. Aku buat doa selamat dan tahlil.. Buat kecik2 & simple2 je..
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yg duharapkan..Alahamdililaah..

Wednesday, June 30, 2010

Habis Pantang

Alhamdulillah.. Hari ni aku dah merdeka!! Habis pantang dengan jayanye.. Tak perlu makan nasi dgn lauk yg sama setiap hari...
Boleh la gi makan KFC ke Pizza ker.. Nasi paprik ker.. Hmm rindunyer nk makan sume tu..
Tapi laki aku belikan roti canai jer huhuuu..

Kami belum sempat keluar jalan2 dalam erti kata sebenar.. (Tapi masa dah 35 hari lebih dlm pantang pun aku dah bedal mcm2 gak.. hee. tu pun mknn yg tidak memudaratkan laa...)
Kelmarin kami keluar gi cari nursery utk syirah.. alhamdulillah ade gak nursery yg nak terima anak aku.. Dekat lak ngn umah..
Nak hantar kat Maktab Kerjasama tempat abang dia dah full lak... Ramai sgt new born... Ramai lak yg beranak saing2 aku.... Terpaksa la mengalah sebab aku bukan kakitangan maktab...

Hmm lambatnye Ahad utk aku kuar jalan2 cari makan..

Thursday, June 17, 2010

Cukur Rambut

selepas cukur..

selepas..

sebelum dicukur...


sebelum...
Ahad lepas aku mintak asben aku cukur rambut syirah.. Bila mak datang dan tgk syirah dah botak.. mak cam agak kurang puas hati aku dah cukur rambut anak sebab mak kata belum wat kenduri lagi knp dicukur dulu.. Laa camtu ker.. Mana la aku tau.. Takpe la orang kata cukur rambut bayi ni hukumnya sunat..Bila masa yg sesuai utk dicukur aku tak tau laks.. Takpe la asalkan anak aku sihat..
Hmm ni la syirah sebelum dan selepas dicukur.. Sian lak bila tgk dia botak.. Cam makin kecik je muka dia.

Friday, June 4, 2010

Cemburu si abang..






Hmm Ingatkan dah dapat adik si Haziq ni cerdik ckit..pandai beralah dan ada sikap ke'abangan' .. rupanye makin menjadi2 keakraban dia ngan ayahnyer.. Pantang ayah dia dekat ngan Syirah, terpekik2 dia ajak ayah dia dok kat dia.. Nak peluk la, nak main la, nak tidor la, nak susu la.. Beribu mcm alasan dia reka utk buat ayah dia bagi perhatian kat dia..

Bila adik menyusu dia pun nak susu gak wlupun baru je habis sebotol.. Klu adik dia tukar pampers dia pun amik pampers gak dan masa tu gak la dia nk pakai pampers gak.. padahal dia dah tak pakai pampers pun melainkan waktu tidur ngn be*** je..
Camne erk.. mungkin ni la sebab org slalu cakap jgn jarak jauh sgt antara anak first ngan 2nd.

Mungkin baru lagi kot dan masih blom boleh terima kenyataan yg dia dah ada adik utk berkongsi ibu & ayah.. heheee... kelakar gak tengok..Harap la untuk permulaan ni jer dia buat perangai camtu..