Sunday, June 6, 2021

Anak-anak sambung PdPR.

 Tiada pilihan, suka atau tidak, selesa atau tidak, menimba ilmu mesti diteruskan untuk menjadi orang yang boleh memberi manfaat kepada orang lain akan datang.  

Sebagaimana maklum sekarang anak-anak sedang cuti penggal. Sebentar tadi Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin memaklumkan,

'Kita sedia maklum waktu ini sekolah dalam cuti pertengahan tahun dan sesi persekolahan berikutnya mengikut takwim akan bermula pada 13 Jun untuk negeri kumpulan A dan 14 Jun untuk negeri kumpulan B'.

"Kemudian murid akan mengikuti PdPR selama 25 hari persekolahan sehingga cuti berikutnya iaitu cuti pertengahan penggal bermula pada 16 Julai bagi negeri kumpulan A dan 17 Julai bagi negeri kumpulan B.Dari tarikh itu bermula cuti pertengahan penggal sehingga 26 Julai untuk negeri kumpulan B dan 25 Julai untuk negeri kumpulan A."

Makanya anak2 akan lalui rutin biasa belajar dari rumah sehingga 26 Julai 2021.

Dan ibu diorang pun terpaksalah memulakan peranan sebagai guru besar / guru disiplin😊





Saturday, May 29, 2021

Total Lockdown

 Total Lockdown 1 Jun - 14 Jun 2021.

Simpan sini sebagai memori untuk dikenang satu masa nanti.

Kenyataan Media oleh Perdana Menteri pada 28 Mei 2021 melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi Fasa Pertama di seluruh negara.

Ini memandangkan kes baharu pada 28 Mei 2021 (Jumaat) mencecah 8,290 kes dengan 61 kematian.

Jumlah kes aktif 72,823.

Saya masih terfikir apakah sebenarnya yang Allah nak tunjuk dengan situasi dunia sekarang. Selama mana Allah nak bagi ujian ni.. Sampai bila ia akan berakhir.

Teringat satu pepatah, 'kadangkala Allah sembunyikan matahari, lalu dia datangkan hujan dan petir. Kita tertanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah'.. 

Moga kita diberi kesempatan umur dapat menikmati pelangi indah tu di dunia.. Kalau tak panjang usia pun, moga dapat menikmati pelangi indah di akhirat nanti. Amiin..

Sunday, May 16, 2021

Birthday Zetty Insyirah 11yrs

 Hari ni 16 Mei 2021 genap umur anak kedua ibu Nr Zetty Insyirah 11 tahun. Besar dah anak ibu ni.

Semoga jadi anak yang solehah, sentiasa menyejukkan hati ibu ayah, berjaya dalam apa jua lapangan kehidupan dunia dan akhirat dan  bermanfaat untuk orang lain.

Ibu simpan sini buat kenangan untuk akan datang.







Thursday, May 13, 2021

Salam Aidilfitri 1442Hijrah (13 May 2021)

 Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

Ini kali ke 3 kami sekeluarga menyambut lebaran di Petaling Jaya. Kali ke-2 kerana PKP akibat Covid-19. Kali pertama semasa saya melahirkan anak ke-3 kami.

Walaupun sedikit sedih, namun ia sangat bermakna bagi kami dapat beraya sekeluarga.. Besar rahmat dan seribu kesyukuran bagi Allah kerana diberi peluang untuk kami bersama keluarga beraya di rumah walau tanpa ibu bapa, tetamu & sanak saudara. Jika nak dibandingkan dengan frontliner yang bertungkus lumus bertugas di pagi hari raya tanpa dapat bersama keluarga tersayang.  Dan juga  pesakit2 covid yang bergelut dengan kesakitan di pagi hari raya.. Allahuakbar. 

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan..

Moga beri ganjaran yang sebesar2nya buat mereka yang diuji..


Menu Laksa Perak, Nasi impit, lemang, rendang ayam,
Rendang daging & ketuapat palas (cikna bagi),kuag kacang.

Makan la anak beranak kuih yang dah dibeli kononnya
nak bawak balik kampung.





Monday, April 12, 2021

Rentas Negeri Balik Kampung (Ipoh)

 Alhamdulillah 10-11 hb April 2021 (Sabtu - Ahad) saya berkesempatan untuk balik menziarah mak dan abah saya di Ipoh. Mak kurang sihat, jadi saya cuba minta kebenaran untuk rentas negeri untuk ziarah ibubapa. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami. Dapat saya lepaskan rindu kat mak abah.. Bukan main happy anak-anak dapat balik kampung. Haziq je yang takde sebb masih di asrama. 

Moga ada kesempatan lagi untuk saya ziarah mak abah lagi, dalam keadaan dunia dilanda wabak covid-19 segalanya mungkin berlaku. 



Bekalan dari mak abah setiap kali balik.. ini baru sebahagian.







Monday, February 1, 2021

Kek Baskin Robbin dari insan istimewa.

Petang tadi kami dikejutkan dengan penerimaan Kek Baskin Robbin dari seorang runner, sedangkan kami tak oder pun kek tersebut. Cepat-cepat saya mintak Haziq pergi semula ke adik yang hantar, kot2 dia salah alamat. Dia kata betul, ada orang yang kirim dan saya kenal orang tu. Terima kasih banyak atas ingatan.. Terima kasih banyak buat anak2 kami happy.  Sampai ke telinga senyuman diorg dapat makan kek asikrim.
Moga jasa baik adik manis dibalas dengan seribu kebaikan oleh Allah SWT. Amiin.





Thursday, January 28, 2021

Covid 19 - Kuarantin

 Assalamualaikum


Lama rasanya saya biarkan blog saya bersawang.

Memandangkan saya dalam tempoh kuarantin, saya ada masa yang cukup untuk selitkan kisah ini untuk saya kenang kembali akan datang.

Covid-19 bermula Januari 2020 lagi. Memandangkan telah hampir setahun, saya agak tidak endah berkaitan tatacara kuarantin dan lain2. Tapi, saya tetap jaga SOP dengan memakai mask dan sering sanitize tangan. Begitu juga dengan suami & anak2, saya akan paksa mereka pakai mask dan sanitize tangan walau setakat untuk terima parcel di depan pintu. 

22 Jan 2021 saya dikejutkan dengan pemakluman contact rapat saya disahkan positif. Memandangkan tidak berapa rapat, saya diarahkan untuk melalui swab test RTK Antigen sahaja. Saya melakukannya pada 23 Januari 2021 (Sabtu) pukul 12 tghri di Poliklinik Dinar, Petaling Jaya. Pukul 2 petang, resut diterima dan hasilnya adala negative. Syukur Alhamdulillah. 

Namun pada 24 Januari 2021 (Ahad) sekali lagi berita memaklumkan contact rapat saya positif covid-19. Allah, panik sekejap. Saya baru lega bila dapat tahu keputusan saya negative. Bila dengan contact rapat saya positif, sekali lagi saya terima arahan untuk menjalankan swab test penuh pula iaitu RT PCR. 

Masa ni baru saya tersedar dan cari segala macam info dan maklumat berkaitan kuarantin dan macam2 maklumat berkaitan covid-19 yang selama ini saya tak pernah cuba selami. 

Sekali lagi saya ke Poliklinik Dinar, PJ untuk menjalankan swab test RT PCR pada 25 Januari 2021 (Isnin) jam 12 tghri. Pada 26 Januari 2021 (Selasa) keputusan diperolehi dan resultnya negatif. Syukur Alhamdulillah.. 

Namun saya tetap kena meneruskan kuarantin 10 hari iaitu sehingga Ahad iaitu dari tempoh bertemu dengan pesakit sehingga hari ke-10. Suami saya juga tidak dibenarkan hadir bertugas di pejabat disebabkan perkara ini. Suami Work From Home sahaja.

Agak bosan sebenarnya duduk dalam bilik berseorangan. Makan minum saya suami yang atur dan hantar ke bilik. Tapi saya cuba pandang dari sudut positif.

Saya sepatunya bersyukur di kuarantin dalam keadaan saya sihat walafiat berbanding orang lain yang dikuarantin dalam keadaan tenat dan sakit.

Saya yakin Allah nak bagi saya rehat yang cukup dari rutin kebiasaan saya. Allah mungkin suruh saya lebih banyak lagi dekatkan diri pada DIA.. 

Allah bagi ruang untuk saya buat apa yang saya tak dapat buat dek kerana kesibukan tugas harian setiap hari. Allah bagi rasa bagaimana rasanya bila dekat dengan keluarga tapi rasa jauh. Lepas ni taknak banyak guna hp lagi bila bersama keluarga, nikmat bersama mereka lebih indah rupanya berbanding nikmat bersama media social bila buka hp. Allahuakbar. Banyak pelajaran Allah nak tunjuk kat saya. Banyak lagi yang saya rasa Allah nak tunjuk dan suruh saya baiki kehidupan saya. Allahuakbar. Alhamdulillah. 

Anak kecil saya Fareeha sekejap2 panggil ibu dia. Pernah juga dia ajak saya minum dekat luar.. Allahuakbar.. Kesian dia. Mujur juga dia rapat dengan ayah dia. So tidak timbul masalah sangat untuk ayah dia uruskan anak2.    

Kebetulan birthday suami pulak jatuh dalam tempoh saya kuarantin.. Mampu oder kek Birthday dan beli hadiah online je.. 

Dalam tempoh kuarantin ni, suami pun ada bagi hadiah untuk saya yeaa...(hadiah apa, biarlah rahsia) tapi betul2 buat saya happy.. ☺

Moga pengalaman ini beri seribu manfaat dan pelajaran berharga buat saya dan keluarga. 

Thursday, April 30, 2020

Kerana Corona

Akan tersimpan dalam lembaran sejarah.. 

Perkara yang tidak pernah dunia global lalui.. 

Hanya kerana sezarah corona.. Kalau ia ketentuam Allah yag Maha Berkuasa.. Tiada mana2 tangan boleh menepisnya selagi belum dengan keizinannya. 

18 MAC -  31 MAC 2020  Fasa 1

01 APR - 14 APR 2020 Fasa 2

15 APR - 28 APR 2020 Fasa 3

29 APR - 12 MEI 2020 Fasa 4

Perintah Kawalan Pergerakan seluruh 🇲🇾

📍 harga minyak jatuh sehingga RM1.25/liter

📍Semua pejabat di seluruh Malaysia diarah tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kerja - kerja dilaksanakan sepenuhnya dari rumah.

📍Semua sekolah dan pendidikan dilaksanakan di atas talian.

📍Penjarakkan sosial sentiasa diutamakan

📍Pita pelekat dilekatkan di atas lantai - lantai kedai untuk menentukan jarak selamat 1 meter di antara pelanggan

📍 Restoran dan kedai - kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja. 

📍Hanya beberapa orang sahaja dibenarkan berada di dalam kedai.

📍Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan pembekalan makanan diarah tutup.

📍Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia dibatalkan serta merta 

📍 Konsert, perlancongan, festival, acara hiburan dibatalkan.

📍Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga dibatalkan.

📍Tiada lagi jemaah di masjid, dan rumah - rumah ibadat ditutup.

📍Tidak dibenarkan perkumpulan 50 orang atau lebih, kemudian diubah kepada 20 org atau lebih, hanya dibenarkan 10 orang atau kurang dari itu dibenarkan.

📍Taman permainan kanak - kanak ditutup.

📍Kekurangan stok penutup muka, gaun,

 dan sarung tangan untuk kegunaan pekerja barisan hadapan.

📍Kekurangan alat bantuan pernafasan

 bagi pesakit kritikal.

📍Berlakunya pembelian panik sehingga kekurangan alat pembasmian, tiada sabun cuci tangan, tiada cecair pembersih tangan

📍Rak - rak di kedai menjadi kosong.

📍Kilang - kilang pembuatan, kilang penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan PPE.

📍Kerajaan telah melaksanakan sekatan jalan di setiap kawasan dan tertutup kepada pergerakan yang tidak penting.

📍Tiket kapal terbang murah, namun kita tidak boleh keluar melancong.

📍Sidang media dari Kementerian Kesihatan di keudarakan setiap hari.

📍Kemaskini kes baru, yang telah sembuh dan pesakit yang meninggal dunia dilakukan setiap hari.

📍 Jalan raya menjadi kosong tanpa kelibat manusia.

📍Ramai orang memakai penutup muka dan sarung tangan apabila keluar.

📍 Pekerja perkhidmatan penting menjadi takut untuk keluar rumah.

📍Pekerja kesihatan pula, menjadi takut untuk pulang ke rumah dan berjumpa keluarga.

📍 "Mendatarkan lengkung graf" itulah yang sering dikatakan, bersama dengan kata-kata " Kita lakukan ini bersama" dan "Kita harus menang" 

Ini adalah Novel Coronavirus ( Covid-19) suatu penyakit pandemik, yang diwartakan pada 18 mac 2020 😭😭😭😭

Kenapa saya copy paste status ini?

Kerana ia satu perkara yang sangat luar biasa pada persepsi saya, ia menunjukkan betapa kuasa Allah tidak dapat ditandingi dan diatasi dengan mana2 kepakaran dibumi ini selagi ia belum diizinkan. Membuka ruang untuk mana2 umat yang masih ada waktu untuk memperbaiki hubungan dengan Allah. 

Nikmat mana lagi yang telah kita dustai?

Bersyukurlah. Dan sentiasa berterima kasih

Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain

#copyandpaste

#stayathome

#dudukdirumah

#coronavirus

#covid19

#ramadhan

Sunday, August 18, 2019

Sahabat

Baru2 ni sempat berkumpul di rumah khamsatun, memandangkan plan asal unuk jalan-jalan tak tercapai.. terima kasih kham & suami sudi menjemput dan jamu kami makan sedap hasil air tangan jari jemari suhakham 😀

3 family tapi cukup meriah bila bersama. 
Simpan gambar ni baik-baik,
Moga jadi kenangan indah dan moga ukhwah kita terjalin hingga akhir hayat.. 
 




Friday, May 31, 2019

Ragam anak-anak



28 Jan 2019 (Zetty Fareeha 6 bulan)

22 Mei 2019 (11 bulan)


03 Feb 2019 dengan abg rayyan



Saje Round Shah Alam nek bas lompat2 hehee

Wedding Ealy 27 Jan 2019 - with abg fizi & friend

30 Mac 2019 (Pesta Belon, Putrajaya

Wedding anak kak aisah.

22 Mei 2019 (11 bulan)



Masa lecur kena iron kat rumah pengasuh (26 Feb 2019)

Masa lecur kena iron kat rumah pengasuh (26 Feb 2019)

Masa kena iron kat rumah pengasuh (26 Feb 2019)

Masa lecur kena iron kat rumah pengasuh (26 Feb 2019)

Thursday, December 27, 2018

Hari Anugerah Cemerlang, Sekolah Sri Petaling & SRA Ibnu Rusyd, Petaling Jaya


Sekadar upload untuk kenangan.. sekitar Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2018 Sekolah Keb Sri Petling, Sek 14 Petalinng Jaya. 
Dan Hari Anugerah Cemerlang 2018 Sekolah Rendah Agama Ibnu Rusyd, Petaling Jaya.






Mumtaz UPKK


Mumtaz PSRA





Thursday, November 1, 2018

Aktiviti Hujung Tahun Sekolah Sri Petaling, Petaling Jaya.

Sekadar menempel gambar Muhammad Haziq dengan aktivitinya di hujung-hujung tahun memandangkan ini merupakan saat-saat akhir dia di Sekolah Kebangsaan Sri Petaling, PJ.