Monday, November 21, 2016

Hari Kecemerlangan Anak2 SRA Ibnu Ruysd, Petaling Jaya

Hari ni, masuk office lewat sikit, hadir ke Hari Kecemerlangan Sekolah Rendah Agama 
Ibn Rusyd, Petaling Jaya bagi meraikan kejayaan anak-anak & guru yg bersekolah di situ..Moga kejayaan sentiasa mengiringi anak2 & guru-guru Sek Rendah Agama Ibnu Rusyd..

Ribuan terima kasih juga buat guru2 & pentadbir sekolah tersebut dalam memberi ilmu & menyumbang bakti buat anak2 kami meneruskan persekolahan di situ..Sebak bila dengan guru besar bercerita bila team ustaz & ustazah bertungkus lumus untuk pastikan anak-anak yang menghadapi peperiksaan SPRA mendapat keputusan cemerlang.. Sangat jelas keikhlasan wajah mereka..



Thursday, November 17, 2016

Hari Kecemerlangan (Tadika Sri Anakanda)


Assalamualaikum....
Harini nak throwback time Hari Kecemerlangan Pelajar pada 6 November 2016 yang lepas bagi anak bongsu saya Nur Zetty Insyirah, 6 tahun...sekejap je dah  hampir 4 tahun dia bersekolah di situ.. Tadika Sri Anakanda.. starting from 3 yrs, zero knowledge...ABC 123 apapon taktau dengan cakap pon dok pelat-pelat lagi, now alhamdulillahhhh sangat-sangat dah nampak laa banyak improvement dari segi pembelajaran dan pertuturan..=)



Moga Allah saja yang dapat membalas jasa baik cikgu2 Sri Anakanda, semoga Allah limpahkan rahmat dan rezeki yang melimpah buat mereka..

Nak kongsi sedikit gambar untuk buat kenagan dimasa akan datang..



Odway pergi..

Persembahan.. Aku Ada Kamu.. :)



Sekejap masa berlalu..

Alhamdulillah.. Hadiah Kecemerlangan Semester


Kesemua warga Tadika

Susah tul nak dapat amik gambar diorg berdua

Tamatt..



Friday, November 4, 2016

Tawaran Darjah 1 di SIMDE

Alhamdulillah..
Pukul 2.30 petang tadi dapat panggilan dari Sek Rendah Islam (Integrasi) Masjid Darul Ehsan (SIMDE)..  Mohon ibu bapa datang pada hari Sabtu 5/11/2016 untuk penyerahan surat tawaran dan sesi suai kenal antara ibu bapa dengan pihak pengurusan SIMDE.

Malangnya kami tak dapat hadir disebabkan sekolah Haziq ada Acara Sukan Sekolah, manakala adik pula ada Latihan Penuh Majlis Kecemerlangan Tadika. Pun kami terpaksa berpecah untuk urusan anak-anak sebab tempat yang berlainan..

Pihak SIMDE mohon ambil surat tawaran di sekolah dalam tempoh yang diberikan.

Cuma saya masih belum pasti untuk buat keputusan bila memikirkan bagaimana urusan untuk ambil anak sekolah nanti memandangkan abang dan adik berlainan tempat. Abang (Haziq) bersekolah di Sek Keb Sri Petaling Sek.14 PJ, manakala adik pula akan bersekolah di Subang Jaya..
Sesi persekolahan abang hingga 5.30 petang, manakala adik cuma 1 sesi persekolahan iaitu 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

Ayah boleh keluar ofis jam 5.45 - 6 ptg dari Shah Alam. Ibu pulak keluar ofis sekitar 5.00 - 5.30 ptg berkemungkinan besar dari Cyberjaya.. Di mana laa nak transitkan adik masa dia balik pukul 4 petang tu..  

Moga dipermudahkan segala urusan kami nanti..