Friday, August 28, 2015

Mengaibkan orang itu dosa.


Dari kecik sampai tua la ni, saya selalu dapat nasihat dari mak ayah, cikgu2, kawan2, buku2.. dinasihatkan buat amal sebanyak mana yang boleh.. buat kebaikan.. banyakkan sifat malu dalam diri.. dan jangan suka mengaibkan sesiapa..

Tapi sesekali saya melatah jugak.. Allahuakbar.. Moga dosa saya diampunkan Allah... 

Saya pelik bila tengok kadang2 perkara yang boleh mengaibkan orang jadi bahan jenaka dengan tanpa rasa ia satu dosa.. Dalam erti kata lain ialah sikap suka mendedahkan keburukan orang lain secara terang-terangan mahu pun kadang2 tanpa pengetahuan orang yang diaibkan.

Semua orang ada kelemahan, kekurangan dan ada melakukan kesilapan dalam hidup dan lazimnya kita akan merahsiakan kesilapan itu bagi mengelakkan rasa malu jika ia diketahui umum. Sedangkan seorang kanak-kanak pun tahu malu jika silapnya ditegur di khalayak ramai, inikan pula orang dewasa. Maka, biasanya kita akan merahsiakan kesilapan itu agar ia tidak mengaibkan diri kira sendiri.

Namun, bila tiba kepada keaiban orang lain, sikap kita begitu berbeza sekali. Ramai yang suka mendengar atau membaca kisah-kisah keaiban orang, malahan sanggup pula jadikan keaiban itu sebagai jenaka untuk dikongsi bersama rakan-rakan untuk ketawa bersama..
Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa yang menutup aib saudara Muslimnya nescaya Allah s.w.t akan menutup keaibannya di akhirat kelak".

Malah turut sama bersubahat dengan dosa bagi mereka sama ada menjadi orang yang mengaibkan orang lain, menjadi pendengar atau pembaca atau penonton setia kisah-kisah keaiban itu mahupun menjadi penyampai atau pemanjang cerita-cerita aib tersebut.

Sekadar renungan bersama..=)

Lebih baik kita sebarkan berita baik, atau diam lebih baik dari berkata-kata yang tidak mendatangkan kebaikan kepada kita dan orang lain.