Tuesday, July 31, 2012

Sesekali Teringiin...

Salam Ramadhan buat semua..

Alkisahnya semalam (isnin), saya ambil cuti rehat sesaje nak merehatkan diri kat rumah.. Plan asal nak gi beli baju raya, tapi ahad tu dah gi beli siap2.. So duduk je la rehat kat rumah sambil mengemas apa yg patut.. Anak2 sorang hantar tadika, sorang lagi hantar nurseri.. Dah kata pun nak rehat kan, so saya hantar la diorg gi skolah n neseri..  Dalam kul 11.30 hati saya terkinja2 nak gi amik abang (haziq) balik skolah.. Tak bagitau pun pagi tu yg saya nak amik dan memang tak terlintas nak gi amik..

11.40 saya dah sampai depan tadika, ramai ibu bapa lain yg turut tunggu anak keluar sekolah. Tak sabar saya nak tengok suasana anak2 di Tadika tu habis belajar. Bila semua murid dah keluar, saya perhatikan anak saya dari jauh, tengah main2 ngan kawan2 dia. (Dalam hati.. Boley tahan gak nakal anak ibu)
Dia langsung tak amibil kisah ibu bapa yang sedang tunggu anak kat luar. Ye la selama ni van sekolah yg jemput dan hantar ke nurseri.

Cikgu panggil dia dan bagitau ibu jemput.. Dia dah pandang muka saya yang kat luar pagar ni, tapi masih wat tak tau.. Nak tak ak saya terpaksa masuk ke kawasan pagar sekolah jemput dia. Bila dia nampak je saya terus meluru ke arah saya dengan muka gembira sangat2 dan melompat2.. sambil cakap "Yeaa.. Ibu amik.. ibu amik... yeaa... ibu amik abang.. Ibu, kenapa ibu amik abang".. Ibu "ibu cuti hari ni tu yg boleh jemput abang"..
Muka dia masih nampak gembira sgt2 wlu dijemput dengan kereta 'kecik' ibu dia je..Senyum je...

Masa tu tak tau kenapa hati saya rasa sebak sgt2.. Air mata cam tunggu masa je nak menitis.. Entah kenape.. mungkin bagi org lain biasa2 je... tapi saya rasa sedih..
Seingat saya, hampir 2 tahun saya hantar dia ke Tadika tu, saya tak pernah jemput dia balik skolah. Tiap2 hari dia naik van.. Dan saya lepas tangan memandangkan saya dan suami bekerja. Semata2 mengharapkan driver van tu dan percaya sepenuhnya.. Saya tak pernah tau perasaan dan keinginan dia..Saya tak ambil tahu..

Mungkin jauh di sudut hati anak saya teringin sesekali untuk dijemput ayah ibu cam kawan2 yg lain.. Masuk je kereta air mata memang x dapat ditahan lagi.. Saya menangis gak sambil cover2 drp dia nampak. Masa ni saya merasakan mesti macam2 lagi perkara remeh temeh camni yang wujud di hati anak2 tapi kadang2 ibu bapa tak perasan..

Masa ni la saya terfikir dan teringiiinn sangat2 nak membesarkan anak sendiri depan mata tiap2 hari.. Alangkah indahnya dan bahgianya kalau setiap hari dapat hantar dan jemput dia dari sekolah.. Hidangkan makan tengah hari.. Uruskan persekolahan.. Huhuuuu..

Tapi apakan daya saya, perlu bekerja untuk bantu meringankan beban keluarga dan demi untuk masa depan fmly juga.. Untuk anak2 jugak..

Allahuakbar... Tak tergambar betapa indahnya kehidupan sekiranya dapat jadi suri sepenuh masa  membesarkan anak2.. Dalam masa sama untuk pujuk hati.. mungkin saya perlu banyak bersyukur ada pekerjaan yg baik untuk menyara anak2.. TQ Allah.. Alhamdulillah..